Tony Fernandes
Kami memilih
Tony Fernandes sebagai tokoh usahawan kerana beliau mempunyai lima ciri
keusahawanan dalam diri beliau iaitu pemerhati, berwawasan, mengambil risiko
terbuka, orientasi pasukan, dan kegagalan adalah satu pilihan. Anthony Francis
Fernandes CBE atau lebih dikenali sebagai Tony Fernandes dilahirkan pada 30
April 1946 dan beliau merupakan anak kepada keluarga campuran Portugis Goa dan
Portugis Melaka. Dr. Stephen Edwards Fernandes merupakan nama ayahnya dan
ibunya pula bernama Ena Dorothy Fernandes.
Sebagai contoh
kepada ciri pemerhati, ibu beliau banyak mempengaruhinya dalam menjual
Tupperware ke serata tanah air. Bagi Tony Fernandes, ibunya merupakan seorang
wanita yang hebat kerana kemampuannya
yang luar biasa dalam menjual barangan kepada sesiapa sahaja. Oleh kerana itu,
beliau banyak belajar daripada ibunya yang mahir dalam selok belok perniagaan.
Kecenderungan
beliau dalam bidang perniagaan dapat dilihat sejak zaman kanak-kanak kerana
beliau sering mengikuti ibunya ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware.
Dari situ, beliau sering memerhatikan segala kerja yang ibunya lakukan dan
sejak itu beliau belajar untuk menceburi bidang perniagaan dari ibunya.
Bagi ciri
berwawasan pula, Tony Fernandes merupakan seorang yang mempunyai wawasan yang
tinggi kerana semasa beliau kecil, beliau pernah mengimpikan tiga perkara iaitu
memiliki kelab bola sepak Inggeris, mempunyai pasukan pelumba Formula One, dan
mengusahakan syarikat penerbangan. Semasa beliau dalam lingkungan usia yang
muda, beliau sudah mengimpikan idea penerbangan yang murah dan mampu dinaiki
oleh semua orang. Dan kini, Fernandes telah mencipta dan mengusahakan syarikat
penerbangan yang dikenali sebagai Air Asia.
Seterusnya,
Tony Fernandes juga mempunyai ciri usahawan iaitu mengambil risiko terbuka.
Mengambil risiko terbuka adalah sebahagian daripada ciri-ciri usahawan berjaya.
Namun, ciri mengambil risiko terbuka ini perlulah dirancang dengan baik supaya
risiko tidak memberi masalah kepada perniagaan. Contohnya, Tony Fernendes
memperkenalkan pernerbangan tambang murah kepada warga Malaysia. Bahkan juga,
syarikat Air Asia merupakan sayrikat yang ditubuhkan oleg DRB-Hicom. Beliau
telah mengambil risiko dan mengalami kesulitan. Namun, setelah 9 tahun syarikat
itu dipimpin, kini syarikat itu mencatat keuntungan yang sangat tinggi dan kini
syarikat penerbangan Air Asia merupakan antara pesaing terbesar dengan syarikat
Airlines Sistem dan Singapore Airline.
Bukan itu
sahaja, Tony Fernandes juga memiliki ciri berorientasikan pasukan yang
bermaksud pengurusan dalam sesuatu organisasi atau kerja berpasukan. Beliau
mempunyai ciri tersebut dan menggunakannya bagi memantapkan lagi organisasi
syarikat beliau. Sebagai contoh, beliau memberikan latihan yang secukupnya
kepada para pekerjanya malah menubuhkan Unit Budaya Korporat dengan menerapkan
nilai kepada semua pekerja. Segala usaha tersebut adalah untuk melahirkan
pekerja yang berorientasikan pasukan yang berkesan.
Akhir sekali,
bagi seorang usahawan yang berjaya oasti ada pasang surutnya. Hal sebegini
turut dihadapi oleh Tony Fernandes. 28 Disember 2014, salah satu daripada
pesawat Air Asia iaitu QZ8501 telah terhempas di Selat Karimata, Indonesia.
Seramai 162 mangsa telah terkorban dan persepsi orang ramai turut mengatakan
Air Asia adalah punca kejadian dan memandang rendah terhadap syarikat itu.
Namun, bagi beliau, ini bukanlah pengakhiran baginya. Beliau tabah dan
mengambil langkah penyelesaian dengan membayar pampasa kepada semua mangsa
kemalangan tersebut. Banyak jalan penyelesaian yang dilakukan oleh CEO Air Asia
untuk memulihkan keadaan. Selepas kejadian itu, beliau mengambil langkah berhati-hati
dan lebih peka pada masa akan datang.

