Ciri-ciri Usahawan Berjaya


  •  Kegagalan ialah satu pilihan

            Usahawan merupakan seorang yang pernah gagal namun tidak menjadikan kegagalan itu sebagai salah satu punca untuk tidak berjaya. Kegagalan itu bahkan dijadikan sebagai pemangkin untuk terus berusaha dengan lebih gigih dan sentiasa berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang sama.  Usahawan juga sering mengambil iktibar dari kesilapan dan kegagalan diri sendiri dan orang lain untuk dijadikan sebagai panduan.
           Sebagai usahawan, mereka mestilah seorang yang positif terhadap kegagalan dan menganggap kegagalan adalah sebagai guru yang terbaik dalam mencapai kejayaan. Maka, dengan itu usahawan ini merupakan seorang yang sangat positif akan kegagalan. Mereka menjadikan kegagalan itu sebagai kekuatan untuk bangkit semula dan mengukir kejayaan lebih besar.
           Ciri-ciri ini dapat dilihat dalam diri seorang usahawan yang berjaya iaitu Tan Sri Jeffrey Cheah. Kita sedia maklum bahawa, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway. Beliau menceburi bidang keusahawanan dan menjadi pengasas dan peneraju Kumpulan Sunway. Pada tahun 1974, beliau menjalankan perniagaan perlombongan bijih timah dengan modal sebanyak RM100,000. Namun, pada tahun 1977, berlaku kemelesetan ekonomi. Namun kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang.  Pada tahun 1985, Malaysia mengalami kegawatan ekonomi dan Sunway Holdings Berhad mencatatkan kerugian yang hamper melenyapkan dana pemegang sahamnya. Namun, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah mengambil langkah yang bijak dan menyebabkan dirinya melibatkan dalam sektor pembangunan dan mula mempelbagaikan perniagaannya.
           Kejayaannya kini berpunca dari ciri usahawan iaitu kegagalan ialah satu pilihan dan beliau seorang yang suka belajar dari kesilapan. Beliau juga suka mengambil risiko dan memandang tinggi serta memberi kepercayaannya pada kebolehannya dan integriti adalah pegangan yang dipegang bagi mencapai kejayaan. Falsafah yang sentiasa dipegang oleh beliau ialah, “tiada apa yang mustahil di dunia dalam menempuh kejayaan”. (Lee, 2010).
  •  Budaya terbuka

           Apa yang dimaksudkan dengan budaya terbuka? Budaya terbuka adalah konsep  dimana sesebuah perniagaan hendaklah disebarkan secara meluas dan perkembangan perlu datang daripada sesuatu yang membangun, membuat inovasi dan menambah nilai terhadap produk yang sememangnya sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama. Dalam konteks global, semua lapisan masyarakat akan akses kepada produk yang sama.
           Sifat budaya terbuka yang diamalkan oleh para usahawan di negara kita boleh membuatkan masyarakat negara kita walaupun berbilang bangsa namun tetap menyokong produk yang dihasilkan oleh para usahawan. Hal ini kerana, setiap usahawan yang mengamalkan sifat budaya terbuka mengeluarkan produk atau pun barangan yang bersifat budaya terbuka kerana ia mampu diterima oleh semua masyarakat yang berlainan agama, bangsa dan negara.
           Usahawan yang boleh dijadikan contoh berdasarkan ciri budaya terbuka ini ialah Dato’ Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Dr. Vida kerana produknya yang terkenal iaitu Vida Beauty.  Vida Beauty merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan. Ramai yang telah mencuba produk ini dan hasilnya sangat memuaskan hati. Maka, tidak hairanlah jika usahawan seperti ini dikenali dan disegani oleh semua masyarakat kerana ciri yang diamalkan olehnya ialah budaya terbuka.
  •   Kerja berpasukan

           Definisi kerja berpasukan bermaksud suasan kerja dalam pasukan yang mengamalkan sikap kerjasama antara satu sama lain dalam menjalankan tugas untuk mencapai tujuan yang sama. Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkat kan sumber kerana kerja berpasukan dapat menghasilkan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian.
           Sebagai seorang usahawan, kerja berpasukan sudah menjadi salah satu ciri yang dapat kita lihat dalam diri para usahawan yang berjaya. Sebagai buktinya, ciri kerja berpasukan ini boleh dikaitkan dengan Tan Sri Tony Fernandes atau nama sebenarnya Anthony Francis Fernandes yang merupakan pengasas syarikat Tune Air Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia. Dalam masa hanya kurang daripada 3 tahun sahaja, syarikat Air Asia berjaya meningkatkan daripada hanya buah Boeing sederhana kepada 30 buah dan kini beroperasi lebih daripada 100 penerbangan domestik dan juga penerbangan antarabangsa setiap hari.
           Tidak kira secanggih mana pesawat atau system teknologi yang digunakan oleh Air Asia, ianya tidak akan bermakna tanpa pekerja yang menggerakkanya. Dari sini, kita dapat lihat bahawa betapa pentingnya ciri kejra berpasukan dalam membentuk seorang usahawan yang berjaya dterkenal. Oleh itu, dalam menjadi seorang usahawan perlulah dipupuk supaya bekerja dalam satu pasukan dan hasilnya pasti luar biasa seperti Tan Sri Tony Fernandes.
  •  Berani mengambil risiko

           Sebagai contoh tokoh usahawan yang mengamalkan ciri ini ialah Tan Sri Lim Goh Tong. Beliau berasal dari Fujian negara China, beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 1937 semasa umur 19. Beliau bermula sebagai seorang tukang kayu dengan pak cik. Selepas itu, beliau menjadi seorang kontraktor mendiri bangunan dan kontraktor-kontraktor lain. Pada tahun 1944, beliau berkahwin dengan Puan Sri Lee Kim Hua dan mempunyai 6 anak, iaitu 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan. Beliau berjaya sebagai seorang jutawan di Malaysia malah juga di Asia. Beliau meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 berumur semasa 90 tahun.
           Beliau pernah dikatakan gila dan diketawakan semasa beliau menyatakan hasratnya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Orang lain menyatakan hasrat itu adalah mustahil untuk mencapai dan menjangkakan pelaburan beliau tidak akan memberi sebarang pulangan. Namun, beliau tidak peduli dengan ejekan orang lain.
           Tan Sri Lim Goh Tong membentuk satu pasukan seramai 20 orang dan menggunakan 9 hari 9 malam untuk meninjau persekitaran Gunung Kali. Untuk menyiapkan jalan ke puncak gunung dalam 3 tahun, beliau dan pasukannya bekerja 24 jam 7 hari seminggu. Sepanjang tempoh pembinaan jalan itu, beliau nyaris mengorbankan nyawanya. Disebabkan sepanjang tempoh itu, beliau dan pasukannya menghabiskan masa 24 jam setiap hari dalam hutan. Dengan itu, mereka terdedah kepada risiko diserang oleh haiwan liar. Dari tahun 1965 hingga 1971, dalam 7 tahun tersebut, beliau bekerja tanpa pendapatan. Wang belanjaannya diperoleh dari Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan. Disebabkan hasratnya ini, beliau nyaris muflis kerana beliau telah melaburkan semua wangnya dalam merealisasikan hasrat ini.
           Tan Sri Lim Goh Tong merupakan usahawan yang terbaik dalam menunjukkan ciri keusahawanan ini. Beliau bukan sahaja sanggup menerima risiko mengalami kerugian, beliau juga menerima risiko mengorbankan nyawanya. Semangat beliau yang begitu kental ini patut dicontohi oleh generasi baharu. Dari pengalaman beliau, boleh dilihat bahawa Tan Sri Lim Goh Tong telah mengambil risiko yang cukup besar untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Sekiranya pada masa beliau melihat peluang ini, beliau takut mengambil risiko ini atau berputus asa semasa diejek oleh orang lain, hari ini Bukit Tinggi Genting tidak akan wujud dalam Malaysia. 
  •    Menggunakan strategi-strategi pengaruh

           Rangkaian memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan ini. Usahawan akan memperoleh kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah perniagaan mereka jika mereka mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran mahupun dalaman. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian yang lain. Oleh sebab itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.
           Contoh tokoh usahawan yang menggunakan ciri ini dalam perniagaannya ialah Datuk Jimmy Choo yang merupakan seorang pereka kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau dilahirkan pada tahun 1961 di Pulau Pinang. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan menamatkan pembelajarannya di tahun enam. Beliau sentiasa menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Beliau menyambung pengajiannya dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London.
Empat tahun yang lalu, mendiang Puteri Diana tertarik dengan rekaan beliau lalu membelinya sekitar tahun 1190. Semenjak daripada itu, Puteri Diana suka dengan rekaaan Jimmy Choo dan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor Bristish Vogue pada tahun 1996. Beliau bijak mencari peluang  bagi perniagaan kasutnya.
           Pada April 2001, Jimmy Choo mengumumkan satu perjanjian perkongsian baru dengan Equinox Luxury Holdings Ltd, yang memperoleh saham-saham Jimmy Choo. Pengerusi dan CEO Equinox Robert Bensoussan menjadi CEO syarikat Jimmy Choo. Jimmy Choo menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak 10 juta Euro untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd.
  •     Berorientasikan matlamat dan wawasan

           Salah satu ciri penting yang menjadi tunjang bagi setiap kejayaan usahawan adalah berorientasikan hasil bermaksud mendapatkan hasil yang lumayan dengan mengutamakan tugas-tugas iaitu fokus kepada hasil dan impak yang bakal diperoleh. Usahawan yang berorientasikan hasil sentiasa menitik beratkan standard dan mutu kerja yang akan mendapat kelebihan daya saing dalam sektor yang sama yang mendatangkan mereka keuntungan. Usahawan juga perlu berusaha untuk mendapatkan hasil yang berterusan dengan cara memajukan lagi perniagaan mereka atau menghasilkan produk, sumber dan perkhidmatan  yang baru mengikut aliran masa. Pada awalnya mereka menggaji sebanyak 20 pelanggan dan mempunyai 25 menu yang kebanyakannya adalah daging barbeku.
           Salah seorang yang mempunyai ciri berorientasikan hasil ini adalah Richard James. Iaitu dengan mengasaskan restoran McDonald iaitu restoran makanan segera. Hamburger yang dijual pada harga yang murah dan menjadi kegilaan golongan muda sewaktu itu. Ia  telah menggunakan "Sistem Perkhidmatan Speedee" iaitu sistem pemasangan lalu arus hamburger, “drive-thru” di mana sistem ini lebih efisyen dan menguntungkan kerana tidak perlu menggunakan jumlah pekerja yang ramai. Perusahaan ini hanya menjual ‘hamburger’, dan kentang jejari dan dijual dengan harga yang sangat murah.
           Kemudian, pada tahun 1953, ia telah memulakan francaisnya dan membuka restoran tersebut di Phoenix, Arizona dan Downey, California. Kemudian, pada tahun 1954, seorang usahawan dan jurujual pengadun susu kocak, Ray Kroc kagum dengan keupayaan dan kepopularan restoran McDonald's semasa membuat lawatan. Selepas melihat operasi restoran, ‘Kroc’ bertemu dengan Richard James McDonald supaya membenarkannya menjual francais restoran McDonald di luar California dan Arizona, dengan sendiri sebagai pembeli francais yang pertama. Di situ, bermulalah, pembukaan francais McDonald’s di kawasan-kawasan lain. Pada tahun 1960, telah terdapat sebanyak 200 restoran McDonald’s di seluruh Amerika. Sehingga kini, lebih dari 100 negara mempunyai cawangan restoran McDonald ini. Melalui kejayaan usahawan Richrad James, mereka telah membuktikan betapa pentingnya nilai berorientasikan hasil dalam sesebuah perniagaan.
  • Berinisiatif dan bertanggungjawab

      Proaktif secara umumnya bermaksud mengambil tindakan sebelum masa bertindak tiba (Sudin Haron, 1990). Malah, ciri ini juga melibatkan sikap positif seseorang individu mahupun institusi dalam merangka atau melakukan sesuatu tindakan, yang akan difikirkan secara  kritikal terlebih awal lagi. Hal ini untuk mengelakkan daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan. Tindakan itu tidak akan dilakukan oleh usahawan, hanya setelah sesuatu hal itu berlaku. Ciri ini membuktikan bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari bijak mengambil pendekatan untuk menjayakan projek perniagaan yang telah dirancang olehnya. Sebagai contohnya, beliau menceburi bidang pembuatan pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan iaitu sebanyak 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Hal tersebut telah membuat beliau berjaya mencipta nama dalam bidang pembuatan pakaian. 
Akhirnya beliau telah menubuhkan Amtek Division bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garment Uniforms untuk pakaian (RosliMahmood et al.,2010). Kebijaksanaan yang dimiliki olehnya dalam mengambil peluang yang diberikan, menyebabkan beliau juga telah berjaya mengeluarkan kasut dan pakaian tentera berjenama Louis dan Lee Coopers.
  •               Mempunyai visi

      Seseorang usahawan yang mempunyai visi juga dikenali sebagai seorang yang ‘visionary’ (Rosli Mahmood, 2010). Usahawan yang mempunyai visi akan membuat keputusan yang terbaik serta mempertimbangkan cabaran, ancaman dan juga peluang yang bakal dihadapinya. Tambahan pula, usahawan yang mempunyai visi tahu terhadap segala apa yang dilakukannya selari dengan matlamat negara untuk mencapai wawasan 2020. Mereka bukan sahaja membuat perancangan dalam jangka masa pendek, malah dalam jangka masa yang panjang untuk mencapai matlamat dan visi sesebuah organisasi.
      Sebagai contoh, Tan Sri Robert Kuok, seorang ahli perniagaan Cina Malaysia yang sangat terkenal dengan perniagaan gula. Tetapi beliau juga sangat dikenali dengan pemilikan empayar perniagaan rangkaian Hotel Shangrila. Disebabkan keupayaan beliau untuk  mempertimbangkan cabaran, peluang dan ancaman yang bakal dihadapi, beliau telah berjaya menubuhkan 72 buah hotel Shangrila yang terdapat di seluruh dunia.
      Titik permulaan empayarnya bermula selepas kemerdekaan. Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau telah membina kilang gula pertama Malaysia dan beliau juga telah membuka ladang tebu pertama negara. Tan Sri Robert Kuok mempunyai visi dalam memajukan industri gula di negara ini, mempunyai matlamat yang selari dengan wawasan kerajaan iaitu membangunkan masyarakat, bangsa dan negara.
  •              Optimistik

      Seorang usahawan yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang diambil olehnya merupakan ciri-ciri usahawan yang optimistik. Usahawan yang optimistik tidak akan pesimis dengan kesulitan, kesempitan dan kesusahan yang dihadapinya. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini menganggap bahawa segala kesusahan dan kepayahan adalah asam garam dalam bidang perniagaan. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah ramai usahawan yang telah berjaya pada abad ini walaupun telah mengalami kegagalan beberapa kali.
      Sebagai contoh, Datuk Dr Che Rozmey yang merupakan pemilik Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang telah menemui kejayaan yang besar baru-baru ini. Kejayaan HPM ini mula tercipta apabila Dr Rozmey mengambil tindakan berani menghasilkan produk kesihatan sendiri iaitu Jus Mate 5. Keupayaan Dr Rozmey untu sentiasa berfikir ke hadapan teah membuahkan hasil kepada HPM apabila testimoni-testimoni pelanggan Jus Mate 5 mendapat maklum balas di luar jangkaan sehingga memaksa beliau untuk meningkatkan perkhidmatannya termasuklah memperkenalkan sistem belian online. Kini, beliau telah mewujudkan penjenamaan baru dR Rozmey selaras dengan perkembangan HPM membawa kepada cabang perniagaan lain.